Thursday, June 7, 2012

Dimensi Futuristik Politik Melayu Sejagat

Dimensi Futuristik Politik Melayu Sejagat

Kali ini Tun Sheikh hendak menulis mengenai dimensi futuristik. Paling tidak untuk melepaskan tensyen Tun Sheikh mengenai perkembangan politik semasa yang semakin kusut masai dan hilang punca terutamanya kepada pihak berkuasa negara kita. Tahap kesabaran dan kewarasan Tun Sheikh hingga sudah terasa malu hendak menyebut nama mereka. Biar Tun Sheikh bahasakan mereka yang sombong itu sebagai umnongok sahaja dan pemahamannya Tun Sheikh serahkan kepada pembaca yang ada akal dan mata hati untuk menilai dan menentukan siapa mereka. Ini adalah kerana mereka itu saudara kita juga. Saudara sebangsa dan seagama tetapi oleh kerana mereka telah diselubungi aura hitam akibat darah dan daging mereka hidup dan sangat terdedah malah telah menjadi pergantungan dengan hasil dan sumber haram maka mereka telah kelihatan benar-benar terhijab dari cahaya kebenaran atau petunjuk mahupun nilai-nilai terpuji sejagat atau universal. Pemikiran dan keputusan yang mereka ambil dan lakukan sudah sangat jauh menyimpang dari landasan nilai standard kemanusiaan universal. Yang baik dilihatnya buruk dan yang falsu dijadikan mereka sebagai asli dengan menggunakan kuasa politik dan daya ikhtiar untuk menipu dan membohongi insan lain.

Tun Sheikh sangat malu apabila negara kita ini berjaya dihitamkan oleh musuh dengan memperalatkan para pemimpin Melayu yang bernafsu besar tetapi cetek pengetahuan agama. Hal sebegini sebenarnya memang telah diberi petunjuk dan isyarat oleh Tuhan kepada manusia yang berakal dan memerhati serta mengambil pelajaran. Sayangnya manusia Melayu terus terbuai dengan pelbagai kefasikan sehingga melihat perbuatan itu sebagai terpuji. Tun Sheikh yakin sedikit masa lagi kita akan terhukum hasil daripada perbuatan mereka yang sombong dan perbuatan kita yang tidak berusaha membendung mereka ketika mereka belum berkuasa dan berpengaruh.

Ketika ini rasanya seperti kita telah terlambat kerana segala kekayaan negara telah dikuasai dan telah digunakan oleh umnongok bagi melicinkan proses berpesta dengan nafsu yang tidak  pernah merasa puas. Sebentar lagi maruah Melayu akan tergadai dan terhina kerana pemimpin kita telah menghitamkannya. Bayangkanlah jika semua rakyat tidak memahami dan membantu membenteras kefasikan dan kejahatan ini maka ketika ini kita telah diwarnakan sebagai bangsa yang dipimpin oleh seorang pembunuh kejam yang rasuah atau jika berjaya diganti kita akan dipimpin oleh seorang PM yang kaki zina dan liwat. Meskipun itu hanya tuduhan dan fitnah selagi belum dapat dibuktikan tetapi kita telahpun diwarnakan begitu oleh orang luar, bangsa lain termasuk musuh kita yang nyata mahupun yang gaib.

Dimensi futuristik Tun Sheikh ini bukan hayalan tetapi adalah hasil dari garapan sejarah manusia yang telah dan pernah berlaku. Oleh kerana di depan mata kita adalah tembok dinding tebal yang tinggi, bahaya, berduri dan amat kotor dan busuk, Tun Sheikh berpendapat lebih baik pelakon umnongok 1 pmjib berundur segera secara muslihat jua. Manakala DSAI melepaskan jawatan PM dengan terhormat sebagai bukti pejuang tulen yang bukan gila pangkat dan kuasa apabila berjaya ke pesada itu nanti. Jika melihatkan kehebatan dan harta Pmjib, beliau memang  jutawan dan duit yang dimilikinya berbilion sehingga 7 keturunannya pun tidak akan habis memakannya maka adalah lebih baik dia menghilangkan diri sahaja dan rakyat tidak perlu tercari-cari. Bertambah ditonjolkan bertambah malu manusia Melayu dalam ranking penilaian kemanusiaan sejagat. Oleh sebab itu sebaiknya sejarah dan segala budaya yang mengiringi beliau dilupakan, dihapus dan dibuat-buat lupa malah boleh ditegah membicarakannya.

Pmjib boleh sahaja keluar negara dan di sana mengumumkan jatuh sakit dan terpaksa diquarintin dan dirahsiakan. Pmjib dengan baik boleh melepaskan jawatan atas alasan kesihatan kerana itu tidak sulit untuk dilakukannya kerana kuasa wang yang dimilikinya boleh menyampaikan  segala hajat termasuklah menyewa pakar ternama untuk tujuan itu. Pmjib tidak perlu pulang dan ambil tahu lagi tentang segalanyanya mengenai negara ini. Dan rakyat hendaklah merestui itu supaya bangsa Melayu ini tidak terus terhina. Atau jika pmjib betul-betul insaf dan memilih syurga maka dia juga boleh menyerah diri dan meletak jawatan dan menerima hukuman setimpal di dunia ini untuk mensucikan diri. Tentu sekali beliau akan menderita tetapi namanya akan bersih di hari muka. Banyak sungguh cara untuk keluar jika betul-betul pmjib dan umnongok itu insaf dan bercita-cita membersihkan tamadun dan budaya Melayu. Beliau boleh melakukannya jika beliau mahu malah dengan harta yang berbilion itu, dia sendiri boleh mencipta sebuah kerajaan otonomi di dalam dunia ini di luar negara Malaysia. Inilah antara cadangan dimensi futuristik Tun Sheikh untuk pmjib dan kerbau-kerbau umnongok yang senasib dan ada harta sepertinya. Jika mereka pilih salah satu, kita hendaklah merestuinya tetapi jika mereka memilih hukuman mengikut kehendak agama itu adalah lebih terpuji.
Jika diperhatikan dengan mata hati maka amat benarlah jika kita memfitnah seseorang lebih-lebih sebangsa dan seagama maka kita diperumpamakan memakan daging saudara sendiri. Jika fitnah itu bertujuan menganiaya maka akan Tuhan kembalikan ke muka kita sendiri dan inilah yang sedang berlaku. Bagaimana pula jika kita telah dilihat begitu sombong dan angkuh?

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
2.6.2012 KL Hari Agong Malaysia
 
Copyright 2009 Dimensi
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere