JIKA UMNO MAHU MENANG
DAN JIKA MENANG PR 13 - SUATU DIMENSI FUTURISTIK
Ketika ini kelibat PM Ajaib sudah
mula ditidurkan kerana terlalu banyak isu yang melingkari dirinya menjadi
liability kepada AMNO. Semua orang dalam dunia pada umumnya tidak suka kepada
Emilda Marcos kerana perangainya bukanlah bernilai sejagat yang positif. Dia
berbelanja besar dan menggunakan wang rakyat untuk bermewah dan berlagak
jutawan yang sombong. Tidak disangka Emilda Marcos juga lahir di Malaysia yang telah
dibangun dan dimajukan oleh AmnoBN sebagai
sebuah Negara Islam acuan Amno. Rupa dan
gayanya pun hampir-hampir sama.
Walaupun rakyat tahu PM Ajaib mewarisi
kekayaan datuknya ke atas perniagaan judi antarabangsa di Genting, namun rakyat
masih tidak percaya bahawa PM Ajaib yang berwajah menarik itu terlibat dengan
rasuah berprofil tinggi dan orang jahat berdarah sejuk. Beliau hanya dipercayai sebagai bangkai hidup baik tidak
reput yang telah termakan nasi kangkang. Pernah suatu ketika berita angin mengatakan
beliau sanggup membuang Emilda Marcos Malaysia demi kepentingan UMNO dan Melayu
tetapi apabila beliau mendapat sokongan para kabinet dan kredit sahabat taulan yang
memuji-muji Emilda Marcos Malaysia dan dari teman-teman syaitan
dikenalinya yang suka menjilat dan mengampu,
hajatnya itu tidak menjadi reality. Ketika ini jika beliau kembali ingin
mengotakan niat atau menepati janji dirinya sendiri, itu diperkirakan sia-sia
dan sudah terlambat. Ini semua gara-gara saudagar karpet yang menjadi adik
angkat mereka telah sanggup mati diletopkan dengan bom C4. Beliau telah nekad memecah rahsia akibat dari tekanan hidup
yang dicipta oleh Emilda Marcos
Malaysia.
Papa Daddy PM Ajaib pula sudah berputus asa
untuk membantunya setelah berjaya menyingkirkan Pak Lah. Beliau menasihati PM
Ajaib berundur secara misteri dengan membawa kekayaan yang bertimbun bersama
Emilda Marcos yang jelita itu. PM Ajaib dipujuk supaya jangan risau dengan
sejarah kerana namanya sebagai PM tidak akan dilupakan malah akan mencipta
rekod baru seperti dirinya. Jika Papa Daddy memegang rekod berkuasa yang paling
lama, PM Ajaib akan memegang rekod menjadi PM dengan perlantikan Kabinet bukan
hasil pilihanraya dan cukup pula penggalnya selama 4 tahun pun serupa seperti
tempuh pilihanraya. Rekod seterusnya ialah sebagai PM yang tidak membubarkan
parlimen dan akan dinobat sebagai PM yang yakin kuasa dan hukum demokrasi
berparlimen kerana pada zamannya kabinet dan parlimen terbubar mengikut
perlembagaan dan peraturan demokrasi. Rekod lain ialah antara tokoh menteri
yang menganggotai kabinet yang paling lama.
Kepada Papa Daddy, PM Ajaib boleh
dibentuk dan dicucuk hidung tetapi untuk campur tangan dalam urusan rumah
tangga orang lain yang dianggap seperti anak didiknya itu tidaklah beliau
sampai hati kecuali jika anak didiknya berperangai seperti Anwar Ibrahim yang
terang-terangan dianggap menderhaka ketika tidak mahu bersyubahat dengan
penyelewengannya. Papa Daddy adalah seorang tokoh yang mencintai isteri dan dia
memahami perasaan anak didiknya PM Ajaib. Papa Daddy tahu bahawa dirinya normal
kerana boleh mengontrol isteri tetapi sering cemas ketika Paklah mengutamakan
Endon dan ketika ini cemasnya memuncak kerana PM Ajaib dipercayai termakan nasi
kangkang. Pada mulanya Papa Daddy tidak kisah tetapi apabila mendapat berita
dari perisik siput babinya yang setia mengenai pertelingkahan dan pergaduhan
keluarga Emilda Marcos Malaysia yang telah membuang saudara dan taksub kepada bomoh, Papa Daddy
bertambah cemas.
Cerita lagenda ini Tun Sheikh
suratkan dari hasil analisa sejarah dan firasat serta mitos untuk pengajaran.
Mengikut sejarah peribadi, Papa Daddy dulu juga ada bomoh besar dari India
membantunya mentadbir. Kini ada berita bomoh Emilda Marcos Malaysia lebih besar
dari yang dimilikinya dan beliau sendiri rasa ngeri dan gerun. Era Pak Lah
telah tamat dan Papa Daddy terselamat 7 tahun dari dipaksa mendiami rumah teres
berjeriji besi. Beliau sudah 4 tahun
juga terselamat di bawah PM Ajaib. Beliau terus merancang dan berasa hanya
selamat jika anaknya menjadi perdana menteri.
Hendak mengharapkan mati, nampaknya beliau susah mati dan bayang-bayang
maut pun sangat menakutkan. Beliau sedar doa ulamak memang tidak boleh buat
main tetapi itu semua telah berlalu. Apa yang beliau nampak adalah untuk
meneruskan hidup, terus berusaha dan memuaskan
nafsu dirinya berkuasa hingga mungkin sampai doanya termakbul iaitu mengharap
ada yang menembaknya sehingga mati. Risau juga andaikata ada yang menembak
beliau tetapi tidak mati juga sebab doa orang zalim tidak dimakbul oleh Tuhan.
Ini adalah suatu hasil pembacaan
secara firasat sahaja. Dulu pun Tun Sheikh ada gerak rasa dan menyokong PM
Ajaib mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan AMNO dan orang Melayu.
Beliau mampu untuk gaib dan kabur atau menghilangkan diri. Beliau mampu hidup
bermewah di Negara lain. Ada beberapa pilihan tetapi jika PM Ajaib memohon
pengampunan, berterus terang dan menyerah diri serta mengangkat darjat Islam
dan meletaknya di tempat tertinggi yang wajar, itu adalah lebih baik dan
terpuji. Apalah ditakutkan jika tidak terlibat. Berani kerana benar dan kalau
salah pun apabila terhukum di dunia dengan hukum syarak maka di akhirat
insyaalah dapat pengampunan. Orang bukan Islam pula apa hendak dikecohkan
kerana hukum syariat Islam tidak terhukum kepada mereka kecualilah mereka
sendiri memilih berhukumkan dengan syariat Islam.
AMNO boleh menang PR 13 dengan
memodalkan penarikan diri PM Ajaib dan
isteri sebagai liability dengan nafas baru. Tetapi jika tidak mengubah dasar
perlembagaannya kepada syariat Islam maka pemerintahan seterusnya akan
bertambah mendung dan gelap. Lebih-lebih lagi apabila TPM Muyid yang telah tua
menjadi PM boneka Papa Daddy atau terikat dengan janji yang mesti ditepati
dengan keluarga Papa Daddy. Ketika beliau disingkirkan nanti segalanya seperti
sejarah yang berulang selagi ciri-ciri dan amalan kebobrokan tidak berubah.
Rakyat terus akan menjadi mangsa dan malang. Keadaan akan menjadi lebih
teruk apabila anak papa Daddy jadi PM. Harap-harap analisa fakta sejarah,
mitos, firasat dan lagenda ini tidak menjadi kenyataan. Tun Sheikh yakin ia
tidak akan menjadi kenyataan jika rakyat berani berubah dan memberi pengajaran
kepada perjalanan politik tamadun Melayu pada pilihanraya 13 ini nanti. Amin!
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Damansara KL 3.1.2013