Thursday, December 13, 2012

Jika AMNO Sayang Melayu


Jika AMNO Sayang Melayu

Niat yang baik tetapi menggunakan sumber yang haram adalah tiada keberkatan. Dalam segala perancangan jika sumber asalnya adalah daripada benda-benda haram maka hasilnya adalah menjurus kepada kesulitan dan kesusahan diri sendiri. Islam menyediakan wadah taubat kepada umatnya jika mahu keluar dari bahang kepanasan hidup yang terhasil dari sumber yang haram. Jika sumber yang haram itu terus dipergunakan untuk menyelamatkan keadaan atau menutupi  hal yang batil maka perancangan Tuhan adalah lebih baik di mana pada fitrahNya hal yang batil itu menjadi bertambah sulit atau bertambah terdedah kepada umum sehingga lebih menyulitkan orang yang terlibat itu.

Jika anda pernah pergi ke Genting Highland dan mencari masjid untuk menunaikan solat, anda akan ditunjuk kepada sebuah masjid yang anggun dan begitu canggih. Masjid itu dijaga dengan baik. Bangunan dan lanskapnya dijaga oleh petugas khas.  Ada pekerja tetap yang menguruskannya dan begitu juga petugas lain seperti imam, bilal, noja dan sebagainya. Masjid ini begitu sepi tetapi tiada ketenangan dalam gelora hati pengunjungnya. Ini adalah kerana berbagai persoalan timbul secara spontan terhadap kewujudan masjid itu. Tempatnya saja yang agak terpinggir  dari pusat pelancongan bertaraf  dunia itu seolah-olah sengaja dijarakkan. Masjid ini mati dengan aktiviti agama kerana persepsi kewujudannya sangat kontra dengan realiti kompleks Genting Highland yang bercirikan hiburan dan pejudian bertaraf antarabangsa. Amat sulit untuk menolak  perbelanjaan membina masjid ini adalah dari sumber yang haram atau bersubahat  walaupun  namanya diberi  sempena tokoh negarawan.

Ketika Dr Mahakuty berkuasa, beliau pernah mengkerah siasatan dijalankan terhadap orang Melayu terkaya di Negara ini. Maklumat yang didapatinya dari seluruh dunia tidak memeranjatkan beliau kerana tokoh berkenaan mudah dicucuk hidung. Tokoh AMNO itu pada dasarnya berperwatakan lurus bendul dan hanya bergantung kepada kecemerlangan dan jasa bapanya saja ketika bapanya memimpin Negara. Beliau dibesarkan dalam suasana yang terkawal tetapi kerana datuknya adalah jutawan hasil dari perusahaan perjudian maka darah daging beliau tidak terkecuali mendapat labanya. Dalam perkataan lain beliau juga tersuap dengan sumber yang haram dalam proses pembesarannya. Maka sebagaimana tuntunan agama,  tersedialah kediaman kepada makhluk musuh Tuhan dalam dirinya. Impak daripada itu, pada zahirnya beliau kelihatan begitu baik dan terkawal dengan adab dan budaya kesopanan. Tetapi batin beliau sentiasa ditawan oleh unsur yang cenderung kepada kepasikan dan kesesatan.

Jodoh yang baik juga adalah ketentutan Tuhan. Cucu jutawan Melayu Genting Haighland ini tidak mempedulikan nasihat keluarga bangsawannya sehingga sanggup memfitnah isteri sendiri dan mengawini isteri orang. Ironisnya beliau tidak berasa bahawa diri beliau telah disihir sebaliknya berasa bahagia. Begitulah lumrah alam kerana ketetapan Tuhan bahawa roh sesama roh itu saling mengenal. Mereka mesra dengan yang banyak mempunyai persamaan dan dalam hal ini peniup uap gelora nafsu itu tidak lain dan tidak bukan adalah musuh Allah yang nyata itu. Siperempuan itu sudah terkenal dengan ketaksubannya terhadap kuasa sihir sejak kecil. Manakala cucu jutawan hasil perjudiaan itu memang sudah berkampung makhluk laknatullah itu dalam darah dagingnya.

Kini cucu jutawan Melayu menjadi pemimpin Melayu. Pelbagai masalah terbongkar. Kecurangan, penyelewengan, pecah amanah, penipuan dan kezaliman menghimpit beliau setiap hari sehingga wajahnya yang manis berbibir merah menjadi begitu keruh. Beliau terperangkap dengan perancangan syaitan betina dan bapak-bapak syaitan yang menyerupai manusia. Orang yang sangat beliau hormati sebenarnya adalah kilang mencipta tentera syaitan yang mengawalnya. Isteri yang beliau cintai adalah hamba ahli sihir yang mengait diri tubuhnya ke jurang kecelakaan. Usaha untuk membersihkan diri semuanya buntu kerana darah daging beliau menolak kesucian. Bayangkan akal siapakah itu jika bukan akal syaitan yang telah menasihatkan beliau keluar dari ikon perjudian dengan menggunakan duit haram membeli saham manusia Felda. Akal siapakah itu jika bukan syaitan yang telah menasihatkan beliau mengambil Yahudi selaku penasihat tertinggi?

Kepada orang Melayu yang tidak tahu berfikir di luar kotak atau dalam kotak dimensi, jika mahu selamat dan jika sayang Melayu, maka tiada jalan lain kecuali segera bertaubat berbalik ke pangkal jalan mengikut petunjuk agama yang suci. Islam luas terbentang di hadapan pintu permandangan, di hadapan hati dan di hadapan mata yang dapat melihat kesombongan dan angkuh itu adalah kebencian Tuhan. Singkirkan pemimpin durjana meskipun dia seorang jutawan dunia. Yakinlah bahawa yang haram itu tetap haram dan jika sumber haram itu digunakan terus dalam mencari kehidupan maka kehidupan yang diusaha dan diikhtiarkan itu adalah terhijab dengan cahaya petunjuk yang penuh keberkatan.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Muar 9.12.2012

Thursday, June 7, 2012

Dimensi Futuristik Politik Melayu Sejagat

Dimensi Futuristik Politik Melayu Sejagat

Kali ini Tun Sheikh hendak menulis mengenai dimensi futuristik. Paling tidak untuk melepaskan tensyen Tun Sheikh mengenai perkembangan politik semasa yang semakin kusut masai dan hilang punca terutamanya kepada pihak berkuasa negara kita. Tahap kesabaran dan kewarasan Tun Sheikh hingga sudah terasa malu hendak menyebut nama mereka. Biar Tun Sheikh bahasakan mereka yang sombong itu sebagai umnongok sahaja dan pemahamannya Tun Sheikh serahkan kepada pembaca yang ada akal dan mata hati untuk menilai dan menentukan siapa mereka. Ini adalah kerana mereka itu saudara kita juga. Saudara sebangsa dan seagama tetapi oleh kerana mereka telah diselubungi aura hitam akibat darah dan daging mereka hidup dan sangat terdedah malah telah menjadi pergantungan dengan hasil dan sumber haram maka mereka telah kelihatan benar-benar terhijab dari cahaya kebenaran atau petunjuk mahupun nilai-nilai terpuji sejagat atau universal. Pemikiran dan keputusan yang mereka ambil dan lakukan sudah sangat jauh menyimpang dari landasan nilai standard kemanusiaan universal. Yang baik dilihatnya buruk dan yang falsu dijadikan mereka sebagai asli dengan menggunakan kuasa politik dan daya ikhtiar untuk menipu dan membohongi insan lain.

Tun Sheikh sangat malu apabila negara kita ini berjaya dihitamkan oleh musuh dengan memperalatkan para pemimpin Melayu yang bernafsu besar tetapi cetek pengetahuan agama. Hal sebegini sebenarnya memang telah diberi petunjuk dan isyarat oleh Tuhan kepada manusia yang berakal dan memerhati serta mengambil pelajaran. Sayangnya manusia Melayu terus terbuai dengan pelbagai kefasikan sehingga melihat perbuatan itu sebagai terpuji. Tun Sheikh yakin sedikit masa lagi kita akan terhukum hasil daripada perbuatan mereka yang sombong dan perbuatan kita yang tidak berusaha membendung mereka ketika mereka belum berkuasa dan berpengaruh.

Ketika ini rasanya seperti kita telah terlambat kerana segala kekayaan negara telah dikuasai dan telah digunakan oleh umnongok bagi melicinkan proses berpesta dengan nafsu yang tidak  pernah merasa puas. Sebentar lagi maruah Melayu akan tergadai dan terhina kerana pemimpin kita telah menghitamkannya. Bayangkanlah jika semua rakyat tidak memahami dan membantu membenteras kefasikan dan kejahatan ini maka ketika ini kita telah diwarnakan sebagai bangsa yang dipimpin oleh seorang pembunuh kejam yang rasuah atau jika berjaya diganti kita akan dipimpin oleh seorang PM yang kaki zina dan liwat. Meskipun itu hanya tuduhan dan fitnah selagi belum dapat dibuktikan tetapi kita telahpun diwarnakan begitu oleh orang luar, bangsa lain termasuk musuh kita yang nyata mahupun yang gaib.

Dimensi futuristik Tun Sheikh ini bukan hayalan tetapi adalah hasil dari garapan sejarah manusia yang telah dan pernah berlaku. Oleh kerana di depan mata kita adalah tembok dinding tebal yang tinggi, bahaya, berduri dan amat kotor dan busuk, Tun Sheikh berpendapat lebih baik pelakon umnongok 1 pmjib berundur segera secara muslihat jua. Manakala DSAI melepaskan jawatan PM dengan terhormat sebagai bukti pejuang tulen yang bukan gila pangkat dan kuasa apabila berjaya ke pesada itu nanti. Jika melihatkan kehebatan dan harta Pmjib, beliau memang  jutawan dan duit yang dimilikinya berbilion sehingga 7 keturunannya pun tidak akan habis memakannya maka adalah lebih baik dia menghilangkan diri sahaja dan rakyat tidak perlu tercari-cari. Bertambah ditonjolkan bertambah malu manusia Melayu dalam ranking penilaian kemanusiaan sejagat. Oleh sebab itu sebaiknya sejarah dan segala budaya yang mengiringi beliau dilupakan, dihapus dan dibuat-buat lupa malah boleh ditegah membicarakannya.

Pmjib boleh sahaja keluar negara dan di sana mengumumkan jatuh sakit dan terpaksa diquarintin dan dirahsiakan. Pmjib dengan baik boleh melepaskan jawatan atas alasan kesihatan kerana itu tidak sulit untuk dilakukannya kerana kuasa wang yang dimilikinya boleh menyampaikan  segala hajat termasuklah menyewa pakar ternama untuk tujuan itu. Pmjib tidak perlu pulang dan ambil tahu lagi tentang segalanyanya mengenai negara ini. Dan rakyat hendaklah merestui itu supaya bangsa Melayu ini tidak terus terhina. Atau jika pmjib betul-betul insaf dan memilih syurga maka dia juga boleh menyerah diri dan meletak jawatan dan menerima hukuman setimpal di dunia ini untuk mensucikan diri. Tentu sekali beliau akan menderita tetapi namanya akan bersih di hari muka. Banyak sungguh cara untuk keluar jika betul-betul pmjib dan umnongok itu insaf dan bercita-cita membersihkan tamadun dan budaya Melayu. Beliau boleh melakukannya jika beliau mahu malah dengan harta yang berbilion itu, dia sendiri boleh mencipta sebuah kerajaan otonomi di dalam dunia ini di luar negara Malaysia. Inilah antara cadangan dimensi futuristik Tun Sheikh untuk pmjib dan kerbau-kerbau umnongok yang senasib dan ada harta sepertinya. Jika mereka pilih salah satu, kita hendaklah merestuinya tetapi jika mereka memilih hukuman mengikut kehendak agama itu adalah lebih terpuji.
Jika diperhatikan dengan mata hati maka amat benarlah jika kita memfitnah seseorang lebih-lebih sebangsa dan seagama maka kita diperumpamakan memakan daging saudara sendiri. Jika fitnah itu bertujuan menganiaya maka akan Tuhan kembalikan ke muka kita sendiri dan inilah yang sedang berlaku. Bagaimana pula jika kita telah dilihat begitu sombong dan angkuh?

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
2.6.2012 KL Hari Agong Malaysia

Wednesday, February 29, 2012

Lembaga Hitam Berbulu Selongkar Makanan

Lembaga Hitam Berbulu Selongkar Makanan

Sejak disahkan mengidap penyakit kencing manis dan tinggi kolestrol, dokter menasihatkan Tun Sheikh sentiasa membawa makanan ringan dan jangan makan terlalu banyak atau mengambil makanan seperti biasa ketika makan tengahari dan makan malam. Tun Sheikh dinasihatkan supaya mengawal makanan tertentu, memastikan rehat bermutu ketika berehat dan mengurangkan 70% kuantiti pengambilan makanan daripada kebiasaan. Kadang-kadang Tun Sheikh ikut tetapi selalu mengabaikannya kerana ada kawan yang telah 15 tahun mengidap diabetis berkata boleh makan saja dengan syarat jangan terlupa makan ubat.

Setelah 4 tahun dan pada Oktober tahun lepas, Tun Sheikh dimarahi doktor kerana bacaan gula naik kepada 18.8 dan bertambah pula dengan penyakit baru iaitu darah tinggi. Dokter kata jika satu lagi penyakit datang iaitu sakit jantung, maka ketika itu sudah terlambat untuk mengawal dengan berkesan kerana jika berlaku sesuatu keadaan yang menyebabkan tekanan darah tidak stabil, Tun Sheikh boleh pingsan, koma dan meninggal dunia. Alasan Tun Sheikh dapat maklumat dari sahabat itu dibantah doktor kerana keperluan dan kesihatan seseorang individu tidak sama. Kolestrol dalam badannya normal tetapi dalam badan Tun Sheikh sudah di tahap bahaya. Tun Sheikh kena berpantang atau menjauhi makanan manis, berlemak, bersantan, berminyak, berkaborhaidrat dan lain-lain.

Sejak tahun Januari 2012, Tun Sheikh telah berpindah kerja. Kontrek membantu membuat kerja penyelidikan untuk menerbitkan buku sejarah yang dipantau oleh seorang menteri telah pun tamat setelah 6 buah penerbitan berjaya diterbitkan dalam tempuh 18 bulan. Dulu Tun Sheikh terdedah dan dapat menimba pengalaman menemubual kerabat diraja, bekas PM, menteri-menteri dan pelbagai lapisan tokoh yang bergelar mahupun sahabat handai dan saudara mara tokoh dari kalangan orang biasa.

Di tempat kerja baru, Tun Sheikh masih dalam bidang penulisan dan pengkajian mengenai sejarah tetapi lebih kepada membuat penyelidikan mencari sumber dalam perpustakaan. Tun Sheikh memang suka membaca dan berminat membuat kerja-kerja penyelidikan sejarah. Tetapi sejak Januari lepas, terpaksalah Tun Sheikh membawa ubat dan makanan ringan kemana sahaja Tun Sheikh pergi. Penyakit darah tinggi atau migeren sering menyerang Tun Sheikh jika tidak cukup tidur, hati risau, stress, lapar atau tersalah makan.

Sahabat tempat kerja, baru-baru ini juga membawa bekal makanan kerana melihat Tun Sheikh sentiasa ada makanan ringan dan jarang keluar pergi makan atau minum ketika bekerja. Kalau berehat atau terlelap memang ada tetapi selalunya berlaku selepas makan ubat diwaktu rehat makan tengahari. Selepas makan ubat, mata memang sering jadi mengantuk.Apabila melihat sahabat Tun Sheikh ini sering meninggalkan sisa atau menyimpan makanan beliau di dalam laci meja kerja semalaman, Tun Sheikh teringat pada seorang sahabat lama , Bidin yang pernah Tun Sheikh nasihat supaya menutup atau membungkus makanan yang ditinggalkan dengan kalimah-kalimah Allah atau ayat suci quran. Tetapi sahabat yang ini beragama Kritian, tersenyum sahaja ketika Tun Sheikh bercerita.

Bidin bekerja di Bank Pertanian Ibu Pejabat berhampiran dengan Daya Bumi. Beliau datang bertemu Tun Sheikh minta air jampi demam kerana terkejut . Tun Sheikh bukanlah bomoh atau pawang tetapi oleh kerana beliau pernah tinggal bersama ketika bujang dan pernah melihat kumpulan Tun Sheikh menjadi gost buster, dia yakin dan meminta bantuan Tun Sheikh.

Di tempat kerja, dia diarah menyiapkan kerja-kerja audit sehingga selesai dan terpaksa bekerja lebih masa. Seramai 20 pegawai dan kakikatangan bertungkus lumus melaksanakannya. Akhirnya semua pulang kecuali Bidin bertiga. Kerana terlalu letih dan rumah agak jauh, mereka berpakat tidur di pejabat sahaja. Setelah siap berkemas , mereka pun masuk tidur di bilik stor kosong pada pukul 2.30 pagi. Dua shabatnya terus terlelap bila kepala sampai ke kusyen kerusi yang dijadikan bantal. Bidin juga hampir terlelap tetapi terperanjat bila jam dinding dalam setor berbunyi menandakan sudah pukul 3 pagi. Sebaik saja jam berhenti berbunyi, Bidin terdengar sesuatu seperti barang atau longgokan fail jatuh dan serta-merta dia teringat fail-fail yang telah di susun di atas meja yang telah selesai dan akan digunakan esok.

Tiba-tiba dia berasa seram tidak tentu pasal dan rasa berat untuk keluar membetulkannya. Tetapi hatinya serba-salah dan rasa takut jika dimarahi besok bercampur dengan takut macam ada sesuatu di luar…hantu. Bidin terpaksa memberanikan diri dan keluar membuka pintu stornya perlahan seperti ingin mengintai terlebih dahulu tanpa membuka lampu. Bidin juga risau jika pencuri atau penceroboh kerana dalam pejabatnya memang ada menyimpan peti besi simpan duit. Setahunya tidak kurang RM50 ribu sentiasa disimpan di situ kecuali jika keesokan hari cuti. Dia mengintai dengan pelbagai perasaan sehingga berpeluh ketakutan dan kebimbangan. Jika benar peti besi diceroboh dan beliau tertangkap tentunya nahas. Atau mungkin jaga-jaga yang meronda untuk mengunci jam pengawal terlanggar timbunan fail.

Ketika dia mengintai dari pintu bilik setor tempat mereka tidur, dalam kesamaran beliau terlihat dua pasang biji mata merah dari dua tubuh susuk lembaga hitam. Hendak terkencing dibuatnya apabila Bidin melihat dan berasa yakin lembaga hitam berbulu itu adalah hantu kerana lembaga itu tidak berjalan tetapi seperti melayang dari atas satu meja ke meja lain membuka dan menutup laci-laci yang dicerobohnya. Bila lembaga itu sudah semakin hampir barulah jelas pada penglihatan Bidin apa yang dilakukan oleh lembaga hitam itu, iaitu mencari apa saja makanan dan buah-buahan yang ditinggalkan. Lembaga itu menghidu-hidu, menjilat-jilat dan memakannya. Tubuh badan bidin mengeletar dan apabila mata merah itu bertentangan dengan matanya, Bidin terus membuka lampu pejabat.

Lembaga hitam itu gaib dan sadar-sadar Bidin dikejutkan oleh pekerja yang baru sampai pejabat jam 7.00 pagi. Dua orang kawannya masih belum bangun dan Bidin tahu, dia telah pingsan tapi merahsiakanya.

Di waktu minum, Bidin pergi ke meja-meja tempat lembaga hitam itu bertenggek. Makanan dan buah-buah seperti tidak terusik tetapi berbau hapak dan ada yang hamis busuk. Peristiwa ini hanya terbongkar setahun kemudian apabila seorang kerani wanita yang membuat kerja lebih masa sehingga ke larut malam terkena histeria, terpekik terlolong menjerit ternampak lembaga hitam berbulu dan bermata merah. Nasihat Tun Sheikh…bacalah sekurang-kurangnya Bismillah apabila hendak makan dan ketika menutup atau membungkus sisa makanan yang hendak ditinggalkan. Insyaallah, makanan itu tidak akan disentuh oleh makhluk halus dan orang yang haram mengambilnya.

Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

 
Copyright 2009 Dimensi
BloggerTheme by BloggerThemes | Design by 9thsphere