Dimensi Futuristik
Politik Melayu Sejagat
Kali ini Tun Sheikh hendak
menulis mengenai dimensi futuristik. Paling tidak untuk melepaskan tensyen Tun Sheikh mengenai perkembangan
politik semasa yang semakin kusut masai dan hilang punca terutamanya kepada pihak
berkuasa negara kita. Tahap kesabaran dan kewarasan Tun Sheikh hingga sudah
terasa malu hendak menyebut nama mereka. Biar Tun Sheikh bahasakan mereka yang
sombong itu sebagai umnongok sahaja dan pemahamannya Tun Sheikh serahkan kepada
pembaca yang ada akal dan mata hati untuk menilai dan menentukan siapa mereka.
Ini adalah kerana mereka itu saudara kita juga. Saudara sebangsa dan seagama
tetapi oleh kerana mereka telah diselubungi aura hitam akibat darah dan daging
mereka hidup dan sangat terdedah malah telah menjadi pergantungan dengan hasil
dan sumber haram maka mereka telah kelihatan benar-benar terhijab dari cahaya kebenaran
atau petunjuk mahupun nilai-nilai terpuji sejagat atau universal. Pemikiran dan
keputusan yang mereka ambil dan lakukan sudah sangat jauh menyimpang dari
landasan nilai standard kemanusiaan universal. Yang baik dilihatnya buruk dan
yang falsu dijadikan mereka sebagai asli dengan menggunakan kuasa politik dan
daya ikhtiar untuk menipu dan membohongi insan lain.
Tun Sheikh sangat malu apabila negara kita ini berjaya
dihitamkan oleh musuh dengan memperalatkan para pemimpin Melayu yang bernafsu
besar tetapi cetek pengetahuan agama. Hal sebegini sebenarnya memang telah
diberi petunjuk dan isyarat oleh Tuhan kepada manusia yang berakal dan
memerhati serta mengambil pelajaran. Sayangnya manusia Melayu terus terbuai
dengan pelbagai kefasikan sehingga melihat perbuatan itu sebagai terpuji. Tun
Sheikh yakin sedikit masa lagi kita akan terhukum hasil daripada perbuatan
mereka yang sombong dan perbuatan kita yang tidak berusaha membendung mereka
ketika mereka belum berkuasa dan berpengaruh.
Ketika ini rasanya seperti kita telah terlambat kerana segala
kekayaan negara telah dikuasai dan telah digunakan oleh umnongok bagi
melicinkan proses berpesta dengan nafsu yang tidak pernah merasa puas. Sebentar lagi maruah
Melayu akan tergadai dan terhina kerana pemimpin kita telah menghitamkannya.
Bayangkanlah jika semua rakyat tidak memahami dan membantu membenteras
kefasikan dan kejahatan ini maka ketika ini kita telah diwarnakan sebagai
bangsa yang dipimpin oleh seorang pembunuh kejam yang rasuah atau jika berjaya
diganti kita akan dipimpin oleh seorang PM yang kaki zina dan liwat. Meskipun
itu hanya tuduhan dan fitnah selagi belum dapat dibuktikan tetapi kita telahpun
diwarnakan begitu oleh orang luar, bangsa lain termasuk musuh kita yang nyata
mahupun yang gaib.
Dimensi futuristik Tun Sheikh ini bukan hayalan tetapi adalah
hasil dari garapan sejarah manusia yang telah dan pernah berlaku. Oleh kerana
di depan mata kita adalah tembok dinding tebal yang tinggi, bahaya, berduri dan
amat kotor dan busuk, Tun Sheikh berpendapat lebih baik pelakon umnongok 1 pmjib
berundur segera secara muslihat jua. Manakala DSAI melepaskan jawatan PM dengan
terhormat sebagai bukti pejuang tulen yang bukan gila pangkat dan kuasa apabila
berjaya ke pesada itu nanti. Jika melihatkan kehebatan dan harta Pmjib, beliau
memang jutawan dan duit yang dimilikinya
berbilion sehingga 7 keturunannya pun tidak akan habis memakannya maka adalah
lebih baik dia menghilangkan diri sahaja dan rakyat tidak perlu tercari-cari.
Bertambah ditonjolkan bertambah malu manusia Melayu dalam ranking penilaian
kemanusiaan sejagat. Oleh sebab itu sebaiknya sejarah dan segala budaya yang
mengiringi beliau dilupakan, dihapus dan dibuat-buat lupa malah boleh ditegah
membicarakannya.
Pmjib boleh sahaja keluar negara dan di sana mengumumkan
jatuh sakit dan terpaksa diquarintin dan dirahsiakan. Pmjib dengan baik boleh
melepaskan jawatan atas alasan kesihatan kerana itu tidak sulit untuk
dilakukannya kerana kuasa wang yang dimilikinya boleh menyampaikan segala hajat termasuklah menyewa pakar
ternama untuk tujuan itu. Pmjib tidak perlu pulang dan ambil tahu lagi tentang
segalanyanya mengenai negara ini. Dan rakyat hendaklah merestui itu supaya
bangsa Melayu ini tidak terus terhina. Atau jika pmjib betul-betul insaf dan
memilih syurga maka dia juga boleh menyerah diri dan meletak jawatan dan
menerima hukuman setimpal di dunia ini untuk mensucikan diri. Tentu sekali
beliau akan menderita tetapi namanya akan bersih di hari muka. Banyak sungguh
cara untuk keluar jika betul-betul pmjib dan umnongok itu insaf dan
bercita-cita membersihkan tamadun dan budaya Melayu. Beliau boleh melakukannya
jika beliau mahu malah dengan harta yang berbilion itu, dia sendiri boleh
mencipta sebuah kerajaan otonomi di dalam dunia ini di luar negara Malaysia.
Inilah antara cadangan dimensi futuristik Tun Sheikh untuk pmjib dan
kerbau-kerbau umnongok yang senasib dan ada harta sepertinya. Jika mereka pilih
salah satu, kita hendaklah merestuinya tetapi jika mereka memilih hukuman
mengikut kehendak agama itu adalah lebih terpuji.
Jika diperhatikan dengan mata hati maka amat benarlah jika
kita memfitnah seseorang lebih-lebih sebangsa dan seagama maka kita
diperumpamakan memakan daging saudara sendiri. Jika fitnah itu bertujuan
menganiaya maka akan Tuhan kembalikan ke muka kita sendiri dan inilah yang
sedang berlaku. Bagaimana pula jika kita telah dilihat begitu sombong dan
angkuh?
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
2.6.2012 KL Hari Agong Malaysia
No comments:
Post a Comment