Jika AMNO Sayang Melayu
Niat yang baik tetapi menggunakan
sumber yang haram adalah tiada keberkatan. Dalam segala perancangan jika sumber
asalnya adalah daripada benda-benda haram maka hasilnya adalah menjurus kepada
kesulitan dan kesusahan diri sendiri. Islam menyediakan wadah taubat kepada
umatnya jika mahu keluar dari bahang kepanasan hidup yang terhasil dari sumber
yang haram. Jika sumber yang haram itu terus dipergunakan untuk menyelamatkan
keadaan atau menutupi hal yang batil
maka perancangan Tuhan adalah lebih baik di mana pada fitrahNya hal yang batil
itu menjadi bertambah sulit atau bertambah terdedah kepada umum sehingga lebih
menyulitkan orang yang terlibat itu.
Jika anda pernah pergi ke Genting
Highland dan mencari masjid untuk menunaikan solat, anda akan ditunjuk kepada
sebuah masjid yang anggun dan begitu canggih. Masjid itu dijaga dengan baik.
Bangunan dan lanskapnya dijaga oleh petugas khas. Ada pekerja tetap yang menguruskannya dan
begitu juga petugas lain seperti imam, bilal, noja dan sebagainya. Masjid ini
begitu sepi tetapi tiada ketenangan dalam gelora hati pengunjungnya. Ini adalah
kerana berbagai persoalan timbul secara spontan terhadap kewujudan masjid itu.
Tempatnya saja yang agak terpinggir dari
pusat pelancongan bertaraf dunia itu
seolah-olah sengaja dijarakkan. Masjid ini mati dengan aktiviti agama kerana
persepsi kewujudannya sangat kontra dengan realiti kompleks Genting Highland
yang bercirikan hiburan dan pejudian bertaraf antarabangsa. Amat sulit untuk menolak
perbelanjaan membina masjid ini adalah
dari sumber yang haram atau bersubahat walaupun namanya diberi
sempena tokoh negarawan.
Ketika Dr Mahakuty berkuasa,
beliau pernah mengkerah siasatan dijalankan terhadap orang Melayu terkaya di
Negara ini. Maklumat yang didapatinya dari seluruh dunia tidak memeranjatkan
beliau kerana tokoh berkenaan mudah dicucuk hidung. Tokoh AMNO itu pada
dasarnya berperwatakan lurus bendul dan hanya bergantung kepada kecemerlangan
dan jasa bapanya saja ketika bapanya memimpin Negara. Beliau dibesarkan dalam
suasana yang terkawal tetapi kerana datuknya adalah jutawan hasil dari
perusahaan perjudian maka darah daging beliau tidak terkecuali mendapat
labanya. Dalam perkataan lain beliau juga tersuap dengan sumber yang haram
dalam proses pembesarannya. Maka sebagaimana tuntunan agama, tersedialah kediaman kepada makhluk musuh
Tuhan dalam dirinya. Impak daripada itu, pada zahirnya beliau kelihatan begitu
baik dan terkawal dengan adab dan budaya kesopanan. Tetapi batin beliau
sentiasa ditawan oleh unsur yang cenderung kepada kepasikan dan kesesatan.
Jodoh yang baik juga adalah
ketentutan Tuhan. Cucu jutawan Melayu Genting Haighland ini tidak mempedulikan
nasihat keluarga bangsawannya sehingga sanggup memfitnah isteri sendiri dan
mengawini isteri orang. Ironisnya beliau tidak berasa bahawa diri beliau telah
disihir sebaliknya berasa bahagia. Begitulah lumrah alam kerana ketetapan Tuhan
bahawa roh sesama roh itu saling mengenal. Mereka mesra dengan yang banyak
mempunyai persamaan dan dalam hal ini peniup uap gelora nafsu itu tidak lain
dan tidak bukan adalah musuh Allah yang nyata itu. Siperempuan itu sudah
terkenal dengan ketaksubannya terhadap kuasa sihir sejak kecil. Manakala cucu
jutawan hasil perjudiaan itu memang sudah berkampung makhluk laknatullah itu
dalam darah dagingnya.
Kini cucu jutawan Melayu menjadi
pemimpin Melayu. Pelbagai masalah terbongkar. Kecurangan, penyelewengan, pecah
amanah, penipuan dan kezaliman menghimpit beliau setiap hari sehingga wajahnya
yang manis berbibir merah menjadi begitu keruh. Beliau terperangkap dengan
perancangan syaitan betina dan bapak-bapak syaitan yang menyerupai manusia.
Orang yang sangat beliau hormati sebenarnya adalah kilang mencipta tentera
syaitan yang mengawalnya. Isteri yang beliau cintai adalah hamba ahli sihir
yang mengait diri tubuhnya ke jurang kecelakaan. Usaha untuk membersihkan diri
semuanya buntu kerana darah daging beliau menolak kesucian. Bayangkan akal
siapakah itu jika bukan akal syaitan yang telah menasihatkan beliau keluar dari
ikon perjudian dengan menggunakan duit haram membeli saham manusia Felda. Akal
siapakah itu jika bukan syaitan yang telah menasihatkan beliau mengambil Yahudi
selaku penasihat tertinggi?
Kepada orang Melayu yang tidak
tahu berfikir di luar kotak atau dalam kotak dimensi, jika mahu selamat dan
jika sayang Melayu, maka tiada jalan lain kecuali segera bertaubat berbalik ke
pangkal jalan mengikut petunjuk agama yang suci. Islam luas terbentang di hadapan
pintu permandangan, di hadapan hati dan di hadapan mata yang dapat melihat
kesombongan dan angkuh itu adalah kebencian Tuhan. Singkirkan pemimpin durjana
meskipun dia seorang jutawan dunia. Yakinlah bahawa yang haram itu tetap haram
dan jika sumber haram itu digunakan terus dalam mencari kehidupan maka
kehidupan yang diusaha dan diikhtiarkan itu adalah terhijab dengan cahaya
petunjuk yang penuh keberkatan.
Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara
Muar 9.12.2012
No comments:
Post a Comment